WISDOM OF THE DAY

Truly amazing is the believer’s affair. Everything transpiring in his life is good for him. This is something that only occurs for the believer. If a blessing is his lot, he gives thanks for it, and this is good for him. And if he is afflicted with hardship, he patiently endures it, and this is good for him.
– The Prophet Muhammad

Friday, April 24, 2009

Islam Berkembang dengan Pesatnya

Islam Berkembang dengan Pesatnya

Semakin ramai orang Rusia memeluk Islam pada hari ini. Mengikut Majlis Mufti-Mufti Rusia, “seramai 20,000 orang memeluk Islam dari bulan Januari hingga Oktober tahun 2004. Jumlah mereka yang memeluk Islam pada tahun 2002 adalah 12,450 orang dan 15,300 orang pada tahun 2003. 60 peratus daripada penganut-penganut itu tidak pernah menganuti sebarang agama sebelum ini. 75 peratus daripadanya adalah wanita berumur antara 17 hingga 21 tahun.” Hal ini disebutkan di dalam MosNews bertarikh 4 Oktober 2004.

Lucy Berrington di dalam majalah The Times bertarikh 9 November 1993 di bawah tajuk The Spread of a World Creed berkata, “Semakin ramai rakyat Britain terutamanya daripada kalangan kaum wanita yang memeluk agama Islam. Jumlah mereka dianggarkan antara 10,000 hingga 20,000 orang. Dijangkakan dalam tempoh 20 tahun, jumlah ini akan mengatasi jumlah keseluruhan pendatang-pendatang asing Muslim…Di Britain, antara wanita yang memeluk Islam adalah anak perempuan hakim terkenal, Lord Scott. Mereka memilih Islam selepas melihat gejala-gejala negative melanda barat dengan dasyatnya, sebagai contoh peningkatan kes-kes jenayah, keruntuhan system kekeluargaan, penyalahgunaan dadah dan ketagihan arak. Di sampng itu, mereka juga kagu dengan disiplin Islam di samping jaminan kesejahteraan hidup yang terdapat dalam ajarannya.”

Marc Ramirez dari Seattletimes dalam artikelnya yang diterbitkan pada 24 Januari 1999 melaporkan, “Dengan enam juta penganut-penganut Islam di Amerika, Islam menjadi agama yang plaing cepat berkembang di Amerika.”

Dipetik dari Tip-Tip Cemerlang, Dr. DanialZainal Abidin

WHY THEY CHOSE ISLAM!!

No comments:

Post a Comment